Siapa yang tak tahu mengenai rancangan Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) kan?
Setiap minggu pasti ada sahaja peminat
setia yang sudah sedia menunggu di depan kaca tv untuk melihat rancangan
kegemaran ramai itu.
Bagi musim terbaru, pelakon dan
pengacara Qi Razali sekali lagi telah dipertanggungjawabkan untuk
mengendalikan rancangan popular tersebut.
Tetapi setelah memasuki beberapa episod
bagi musim baharu, kebanyakan peminat masih lagi mahukan pengacara
terdahulunya, Iqram Dinzly untuk kembalik mengelolakan JJCM.
Ini kerana mereka mengatakan gaya pengacaraan Iqram lebih santai dan mesra berbanding stail mengacara yang ditunjukkan oleh Qi.
Malah sebelum ini terdengar ura-ura
bahawa Iqram merajuk apabila pihak produksi tidak mahu lagi menggunakan
khidmatnya bagi musim terbaru JJCM.
Bagi penulis, setiap orang ada kelebihan
dan kekurangannya tetapi kadang kala pihak produksi perlukan juga
pendapat serta komen daripada peminat setia mereka agar program itu
terus diminati dan diikuti oleh segenap lapisan masyarakat.
Tak gitu?
Oleh: AUDREY LEE
Sumber: Facebook JJ

0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !