Bukan mudah menjadi anak kepada bapa yang mempunyai pengaruh kuat dalam
bidang politik apatah lagi memegang jawatan yang penting di dalam
kerajaan. Pasti ramai yang cuba mahu mengambil kesempatan di atas
kedudukan tersebut.
Begitu jugalah yang dirasai oleh pelakon
dan penyanyi Gadaffi Ismail Sabri atau lebih dikenal sebagai Dafi yang
kami temui di majlis pelancaran Drama Cornetto Uda dan Dara di Publika
baru baru ini. Ujarnya, sentiasa ada individu yang mengaku dirinya
sebagai saudara terdekat semata-mata mahu mendapatkan projek kerajaan
dari bapanya yang memegang jawatan bertaraf menteri sebelum Parlimen di
bubarkan baru baru ini.
“Memang ramai yang nak rapat dengan saya
semata-mata nak ambil kesempatan bagi kepentingan peribadi mereka.
Sampai ada yang mengaku saudara pun iya, padahal saya pun tak kenal
sangat orang tu. Hal macam ni memang buat saya rimas. Tapi tu lah
layankan jela. Selagi saya boleh layan saya layankan je,” katanya.
Apabila ditanya tentang pilihanraya kali
ini ternyata Dafi agak teruja untuk berkongsikan pengalamanya berkempen
bagi membantu jentera parti yang ditandingi bapanya iaitu di Parlimen
Bera, Pahang.
Ujar Dafi, “Kali ini Alhamdullillah ayah
Dafi masih lagi mengekalkan lagi kawasan Parlimen Bera yang telah
disandangnya sejak beberapa penggal yang lalu. Apa yang Dafi boleh
cakapkan ialah teruja. Dafi teruja sebab dapat membantu ayah Dafi
berkempen pada kali ini.
“Kadangkala tu ada juga Dafi bernyanyi
di pentas ceramah, itu pun kalau ada permintaan dari orang sekeliling
dan itu salah satu cara Dafi membantu mereka. Penat tu memang penat tapi
ianya seronok,” jelasnya lagi.
Jelas Dafi lagi apa yang diharapkanya
pada PRU13 kali ini sudah pastilah kemenangan bapanya untuk mengekalkan
kerusi Parlimen Bera. Bagaimanapun Dafi sempat menegaskan yang dia masih
belum terfikir lagi untuk mengikut jejak langkah bapanya itu.
“Bagi Dafi bukan hendak kata tidak
berminat langsung tentang mengikut jejak langkah ayah sebagai ahli
politik. Tapi minat untuk menceburi bidang politik secara serius rasanya
masih belum ada lagi. Mungkin tidak sekarang tapi masa akan datang kita
pun tak tahu,” katanya mengakhiri perbualan.

0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !