
Zalora Malaysia buat julung kali
berkolaborasi dengan pereka fesyen tempatan yang dilihat mampu menjana
industri e-perniagaan di Malaysia.
Perkara tersebut dijelaskan oleh
Pengarah Urusan Zalora Malaysia, Zhiwei Tan yang hadir pada majlis
pelancaran koleksi ‘Rizalman for Zalora’ di sebuah hotel terkemuka di
ibu negara hari ini.
Menurut beliau, kolaborasi bersama pereka fesyen tempatan merupakan salah satu kejayaan luar biasa buat Zalora.
“Koleksi yang ditampilkan sangat menarik dan kami tidak sabar untuk membawa produk kami ke pasaran Malaysia dan Brunei.
“Kami sukakan gaya dan rekaannya. Itulah
sebab kenapa kami memilih untuk bekerjasama dengan Rizalman,” jelas
Zhiwei ketika ditemubual MyNewsHub.
Menurut Zhiwei, Zalora Malaysia sentiasa
menyokong industri fesyen tempatan apabila mereka sebelum ini turut
bekerjasama dengan beberapa pereka fesyen tempatan yang lain.
Pada masa yang sama, Zhiwei menyifatkan industri ‘e-commerce’ atau e-perniagaan di Malaysia masih ditahap baru.
“Kami sentiasa mencari peluang untuk
memajukan pasaran dan kami juga berharap dengan kolaborasi bersama
pereka tempatan ia akan membantu meningkatkan industri e-perniagaan
secara berkala,” kata Zhiwei.
Zalora Malaysia yang merupakan pusat
membeli-belah online yang paling pesat berkembang dilihat bukan sahaja
menjadi medium kemajuan e-perniagaan, malah syarikat itu juga dilihat
sebagai medium pendidikan e-perniagaan.
“Kami bukan sahaja ingin memberi 100
peratus kepuasan pelanggan, malah kami ingin menunjukkan bahawa
urusniaga dalam talian adalah sangat mudan dan konvensional,” ujar
Zhiwei.
Kolaborasi Rizalman bersama Zalora menampilkan 23 rekaan berbeza kini telah berada di pasaran.
Untuk melihat dengan lebih lanjut berkenaan produk tersebut, layari www.zalora.com.my
Oleh: HARITS ASYRAF
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !