PUTRAJAYA –
Perbuatan memuat naik gambar kertas undi merupakan satu kesalahan, kata
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed
Baria.
Beliau
menggulas perbuatan beberapa pengguna laman sosial yang memuat naik
gambar kertas undi yang akan digunakan oleh pengundi pos bagi Pilihan
Raya Umum ke-13.
Berikutan
itu, SPR sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah
Putarajaya hari ini, katanya pada sidang akhbar di sini Khamis.
“Selain
untuk menjaga nama baik dan intergriti SPR, laporan dibuat bagi
membolehkan polis menjalankan siasatan, selaras Akta 574 Kanun Keseksaan
(Pindaan) 1997,” katanya.
Kamaruddin bagaimanapun menafikan gambar kertas undi yang dipaparkan dalam beberapa laman sosial itu adalah daripada sumber SPR.
“Selepas
pihak polis menjalankan siasatan, barulah SPR menentukan tindakan yang
akan diambil terhadap individu yang didapati memuat naik gambar
berkenaan, biar polis buat siasatan dulu,” katanya.
SPR sudah
mengeluarkan kertas-kertas undi pos dalam negara kepada pengundi yang
layak mengundi melalui pos mulai 22 April lepas, sementara pengundi pos
luar negara dihantar pada Rabu.
Kategori
mereka yang layak mengundi melalui pos dalam negara terdiri daripada
anggota tentera dan polis yang bertugas di perbatasan atau pun yang
terlibat dalam operasi, petugas media dan petugas SPR.
Kategori
pengundi pos luar negara pula membabitkan rakyat Malaysia di luar negara
dan Pengundi Tidak Hadir (PTH), yang terdiri penjawat awam yang
berkhidmat di pejabat perwakilan dan pelajar sepenuh masa.
Selain
itu, SPR turut menafikan maklumat yang disebarkan dalam laman sosial
yang menyebut proses pengundian awal bagi kategori pengundi yang layak,
telah dilaksanakan semalam (23 April), sebaliknya, menegaskan pengundian
awal hanya dijalankan pada 30 April.
“Perbuatan
itu sekadar untuk mengelirukan orang ramai dan berharap orang ramai
jangan mempercayai berita tersebut, jika ada sebarang pertanyaan dan
kekeliruan, hubungi SPR untuk penjelasan,” katanya.
Mengenai
nama calon yang tertera pada kertas undi, Kamaruddin berkata nama yang
dicetak tidak semestinya mengikut nama pada kad pengenalan seseorang
calon itu.
“Sebelum kertas undi dicetak calon diberikan peluang untuk menulis nama apa yang perlu dicetak pada kertas undi.
“Sebagai
contoh, jika seseorang calon itu lebih dikenali oleh para pengundi di
kawasan dia bertanding dengan nama Ustaz Kamarudin maka boleh tulis nama
itu dalam kertas undi,” katanya. – BERNAMA
Iklan Teks: 
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !