SETIU – Presiden PAS Datuk Seri Abdul
Hadi Awang berkata parti itu tidak akan memaksa DAP, rakannya dalam
pakatan pembangkang, untuk menerima pelaksanaan hukum hudud.
Semasa berceramah di Kampung Batu Rakit
dekat sini malam Rabu, Abdul Hadi memberi hujahnya berdasarkan sebaris
ayat Al-Quran yang bermaksud ‘tiada paksaan dalam agama’.
“Dalam perkara yang bersama, kita
bersatu. Dalam perkara yang berbeza kita tidak berkelahi. Timbul masalah
PAS melaksanakan hukum hudud, DAP tidak setuju tetapi tidak menentang.
“Ini suatu perbezaan yang kita kena
faham. Kalau kita tidak boleh paksa dalam perkara agama, maka
undang-undang lebih lagi tak boleh paksa. Ini dasar yang kita amalkan,”
katanya.
Abdul Hadi berkata masyarakat bukan
Islam kini mula buka mata dengan menerima pucuk pimpinan utama negara
dengan syarat pentingnya ialah beragama Islam.
Katanya parti itu mensasarkan kemenangan
terlebih dahulu bersama sekutunya PKR dan DAP pada pilihan raya umum
ke-13 (PRU13) dan kemudian barulah akan melaksanakan aspirasi PAS secara
berperingkat.
“Kita nak menangkan dulu pakatan rakyat
ini, biar rakyat pilih kita dulu. Nak tunaikan amanah buku jingga negara
berkebajikan yang sama dengan PAS.
“Jangan bimbang kalau pakatan rakyat
menang, perdana menteri (tetap) orang Islam. Kalau orang takut saya jadi
PM tak apa, saya (turun) ke laut pun tak apa. Saya (boleh) jadi wakil
rakyat pantau PM sama ada dia buat betul ke tidak,” kata Abdul Hadi. –
BERNAMA

0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !