KUALA LUMPUR, 24 APRIL 2013 – Saat yang
dinanti-nantikan bakal tiba. Penyanyi terkenal Ning Baizura bakal
memperkenalkan putera sulungnya Ryan Sky Dalton kepada umum dalam sebuah
majlis sidang media pada 9 Mei ini.
Masih lagi mencari lokasi yang sesuai
untuk acara istimewa itu, Ning Baizura berkata dia dan suami sudah
bersedia untuk memperkenalkan bayinya kepada pihak media untuk tatapan
peminatnya di luar sana.
“Asalkan pihak media tidak cubit pipi
anak saya sudahlah,” katanya dalam nada jenaka yang ternyata sudah cukup
bersedia untuk majlis berkenaan.
Sebelum ini Ning Baizura pernah memberi
tahu portal murai.com.my bahawa dia merancang untuk menghantar gambar
Ryan Sky kepada pihak media dalam bentuk kenyataan media, tetapi berubah
fikiran untuk melaksanakan dalam sebuah majlis sidang media yang lebih
terancang dan sempurna.
Ning Baizura yang ditemui berkata, sudah
tiba masanya dia memperkenalkan bayi sulungnya itu dengan keadaan
fizikalnya yang kembali cergas dan terutama bayinya yang sihat serta
genap 100 hari selepas tarikh kelahiran.
“Saya bukannya tak mahu tunjukan wajah anak kepada orang ramai, tapi hanya mengikut pesan orang-orang tua.
“Biarkan dulu bayi saya berada dalam
keadaan sihat dan sempurna keadaannya, barulah boleh berkongsi dengan
orang luar. Maklum sajalah bayi, dia masih kecil. Banyak perubahan akan
berlaku dari proses kelahiran hingga sekarang,” katanya.
Penyanyi Curiga itu juga telah berkongsi
foto dan video Ryan Sky kepada portal murai.com.my sebagai tatapan
peribadi sebelum majlis itu nanti.
Ternyata Ryan Sky memiliki wajah yang
manis seperti Ning Baizura dan ketampanan seperti suaminya, Omar Sharif
serta tidak ketinggalan lesung pipit di pipi. So adorable.
Kata Ning Baizura, dia kerap merakamkan
video gelagat Ryan Sky di telefon bimbitnya untuk dikongsikan bersama
suaminya yang kerap berada di luar negara atas urusan kerja.
Ning Baizura telah selamat melahirkan
Ryan Sky Dalton pada 31 Januari lalu iaitu tarikh ulang tahun kelima
perkahwinannya bersama suami tercinta, Omar Sharif Christopher Layton
Dalton.
Sumber: Murai

0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !