Kursus Asas Haji Ditangguh, Beri Laluan PRU-13 - mynewshub,Malay News
Headlines News :
Home » » Kursus Asas Haji Ditangguh, Beri Laluan PRU-13

Kursus Asas Haji Ditangguh, Beri Laluan PRU-13

Written By Unknown on Thursday, 25 April 2013 | 07:39

 KUALA LUMPUR – Kursus Asas Haji selama dua hari yang dijadualkan bermula 4 Mei ini ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei ini.
Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata bagaimanapun tarikh baharu belum diputuskan.
Kursus Asas Haji itu merupakan modul bimbingan haji bersepadu yang memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai tata cara menunaikan haji khususnya kepada bakal jemaah haji bagi tahun 2013/1434H.
Justeru, TH menasihatkan semua bakal jemaah haji supaya berhubung terus dengan cawangannya dan penganjur kursus berhampiran bagi memperoleh maklumat terkini mengenai tarikh, masa dan tempat kursus akan diadakan.
Bakal jemaah juga boleh berhubung terus dengan TH di talian 03-6207 1919. – BERNAMA

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Trending Topic

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. mynewshub,Malay News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger