KOTA BHARU- Pas tetap akan melaksanakan
hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang di Putrajaya pada
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei ini walaupun ditentang parti
komponennya, DAP.
Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat berkata, bagaimanapun hudud hanya akan dilaksanakan untuk orang
Islam tanpa melibatkan golongan bukan Islam.
“Hudud ini dalam agama Islam, juzud daripada Islam, sokong atau tidak ia adalah asam garam daripada al-Quran sendiri.
“Tentang hudud kita laksanakan pada
orang Islam sahaja dan ia akan diluluskan oleh satu badan dipanggil
kehakiman, bukan orang politik,” katanya kepada media selepas merasmikan
projek pembangunan bercampur Taman Iman Jaya, Wakaf Che Yeh di sini,
semalam.
Menurutnya, kelulusan daripada badan kehakiman pula bergantung kepada syarat tertentu sebelum ia benar-benar dapat dilaksanakan.
“Jika tak cukup syarat, maka turun hudud
kepada takzim, cukup syarat dia baru guna hudud, itulah sudah direkod
sudah ditulis bertahun-tahun dulu,” katanya mengulas kenyataan
Timbalannya, Datuk Haron Din yang menyifatkan persetujuan DAP
menggunakan logo Pas bermakna parti itu (DAP) bersetuju dengan dasar
Pas. - Sinar Harian Online

0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !