Home »
by MyNewshubs
» Kempen Derma Darah Di Masjid Negara Esok
Kempen Derma Darah Di Masjid Negara Esok
Written By Unknown on Thursday, 25 April 2013 | 08:15
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan kempen derma darah dan pameran pendidikan kesihatan di Anjung Makam Pahlawan, Masjid Negara esok.
Jakim, dalam kenyataan hari ini, berkata program mulai 10 pagi hingga 4 petang itu bertujuan membantu mengisi tabung Pusat Darah Negara selain memberi maklumat kesihatan kepada masyarakat.
Turut diadakan pemeriksaan kesihatan dan pergigian secara percuma kepada orang ramai tanpa mengira kaum dan agama.
Antara jabatan dan agensi yang terlibat dalam pameran pendidikan kesihatan itu adalah Kementerian Kesihatan, Majlis Kanser Nasional, Pusat Sumber Transplan Nasional, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Majlis AIDS Malaysia. – Bernama
Iklan Teks:
Labels:
by MyNewshubs
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !