JAKARTA – Pemerintah Indonesia mengambil
risiko kehilangan populariti menjelang pilihan raya 2014 berikutan
rancangannya mahu mengurangkan subsidi minyak di negara berkenaan.
Sebelum ini pakar-pakar ekonomi bimbang
subsidi harga minyak yang menelan lebih 16 peratus bajet negara akan
menjejaskan ekonomi Indonesia.
Rancangan untuk menaikkan harga petrol dan diesel itu adalah yang pertama sejak lima tahun lalu.
Menteri Tenaga, Jero Wacik mengumumkan
seminggu lalu bahawa pelan tersebut akan menyaksikan harga petrol untuk
kereta persendirian meningkat lebih 40 peratus.
Kenaikan itu akan mula berkuat kuasa pada bulan depan.
Harga petrol di Indonesia ketika ini
kekal pada 4,500 rupiah (RM1.40) seliter atau separuh daripada harga
pasaran semasa sekali gus antara yang termurah di Asia. Di bawah pelan
baharu tersebut, harga petrol untuk kereta persendirian dijangka naik
sekitar 6,500 rupiah (RM2.03) seliter.
Pemerintah Indonesia berharap dapat
mengekang kemarahan rakyat dengan mengekalkan subsidi penuh petrol dan
diesel untuk motosikal serta pengangkutan awam.
Namun, rancangan itu telah membangkitkan rasa tidak senang dalam kalangan 240 juta rakyat di negara itu.
“Masalahnya, jika harga minyak naik,
harga barangan lain seperti daging dan gandum akan turut meningkat,”
kata seorang penjual mi di sini.
Subsidi minyak menjadi masalah kepada
banyak negara di Asia termasuk India dan Malaysia yang berdepan tekanan
untuk mengekalkan subsidi yang tinggi di sebalik kenaikan harga minyak
global.
Harga minyak mentah bagi penghantaran
Jun 2013 jatuh 1 sen AS$89.18 (RM272.17) setong di Bursa Mercantile New
York manakala di bursa hadapan ICE, London, minyak mentah Brent
meningkat 62 sen untuk diniagakan pada harga AS$100.93 (RM308.03)
setong. – Agensi
Iklan Teks:
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !