35 Askar Sulu Cuba Masuki Sabah Ditembak Mati - mynewshub,Malay News
Headlines News :
Home » » 35 Askar Sulu Cuba Masuki Sabah Ditembak Mati

35 Askar Sulu Cuba Masuki Sabah Ditembak Mati

Written By Unknown on Thursday, 25 April 2013 | 07:53

GEORGE TOWN – Kira-kira 35 askar militan Sulu yang cuba memasuki Sabah ditembak mati oleh tentera laut Filipina dan pengawal pantai pada Rabu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, kesemua mereka ditembak sebelum dapat memasuki perairan Malaysia selepas enggan berpatah balik. Zahid berkata, menurut laporan perisikan, kumpulan tersebut cuba memasuki Sabah untuk mencetuskan huru-hara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). “Jika mereka sudah memasuki perairan kita, kita akan mengusir mereka keluar. Kita akan mempertahankan negara ini,” katanya pada sidang media di sini Khamis. – mStar Online Iklan Teks:
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Trending Topic

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. mynewshub,Malay News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger