mynewshub,Malay News
Headlines News :

Latest Post

Hilang Pendapatan Selepas Dituduh Sertai PAS

Written By Unknown on Thursday, 25 April 2013 | 19:05

KUALA LUMPUR – Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah hilang mata pencarian sehingga kerugian RM40 ribu gara-gara terdapat laporan mengatakan kononnya dia menyertai parti pembangkang iaitu PAS. Adam Corrie, 45, berkata, dia telah dianiaya oleh individu tidak bertanggungjawab yang merakamkan gambarnya dalam sebuah ceramah agama di Taiping, Perak yang disertai Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din. “Salah ke saya menghadiri ceramah agama? Kenapa mereka perlu memanipulasikan gambar ketika saya berada di situ? Saya mahu berjumpa Haron Din untuk bertanya kepadanya petua mendapatkan anak cara Islam,” katanya kepada mStar Online pada Khamis. Adam Corrie ditemui di pejabat Persatuan Seniman Malaysia di Taman Melawati di sini selepas membuat laporan berhubung perkara itu kepada presiden persatuan berkenaan, Zed Zaidi. Katanya, pada majlis agama itu, dia tidak sempat berjumpa dengan pemimpin PAS berkenaan tetapi agak terkejut apabila gambarnya telah dimanipulasikan di Internet oleh pihak-pihak tertentu sehingga menyebabkan syarikat produksi drama di negara ini enggan menawarkannya berlakon Akibat insiden berkenaan dia juga terpaksa menganggur sejak empat bulan lalu yang mengakibatkan dia kehilangan pendapatan kira-kira RM40,000 dalam tempoh berkenaan. Tambah Corrie, gambarnya dengan salah seorang ahli PAS itu turut dimanipulasikan. “Apabila keadaan ini berlaku, ia sedikit sebanyak mengganggu pendapatan saya yang mana saya mengharapkan daripada sumber berlakon untuk menyara isteri dan keluarga. “Saya mahu jelaskan di sini bahawa saya tidak berpihak kepada mana-mana parti politik kerana saya seorang yang neutral. “Tujuan saya menghadiri ceramah hanya ingin mendapatkan ilmu sebagai seorang mualaf,” ujarnya. – mStar

Remaja Cedera Dipanah Petir Bersama 5 Rakan

BALING – Seorang remaja cedera apabila dia dan lima rakannya disambar petir dalam kejadian di sebuah gua di kaki Gunung Pulai berdekatan Kampung Tok Bandar di sini petang Khamis. Dalam kejadian pukul 4.30 petang di gua yang dikenali sebagai Gua Ular, Mohd Ashraf Yusof, 17, mengalami kecederaan di kepala sementara lima rakannya yang turut berada di situ kebas seluruh badan. Ketika kejadian, enam remaja berkenaan berteduh di kawasan itu kerana hujan lebat dan petir. Lima daripada mereka termasuk Mohd Ashraf adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar di sini. Lima lagi mangsa adalah Mohd Bukhari Ramli, 17, (bukan pelajar) Mohd Azri Ahmad, 17, Mohd Amin Azman, 15, dan Mohd Azam Md Nor, 16 serta adiknya Mohd Nizam, 13. Mohd Bukhari berkata mereka duduk di atas tanah ketika disambar petir dan masing-masing kebas seluruh badan. “Salah seorang rakan kami melaungkan azan selepas petir kuat berlaku dan kami segera membantu Mohd Ashraf yang rebah dengan seluruh badannya mengeletar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini Khamis. Mohd Ashraf pengsan selepas kejadian itu. “Saya dan rakan lain berusaha membantu Mohd Ashraf dengan menarik badannya beberapa kali sebelum dia sedar,” kata Mohd Azri. Mereka memapah Mohd Ashraf pulang ke rumahnya yang sejauh 500 meter sebelum penduduk kampung menghantar mereka untuk mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Baling. – Bernama

Mustafa Bersumpah Laknat Di Rusila Esok?

KUALA LUMPUR – Mungkinkah Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali akan membuat sumpah laknat berhubung kes video lucah yang dikaitkan dengan dirinya di Masjid Rusila, Terengganu esok? Itulah yang kini hangat diperkatakan dalam laman blog dan internet sejak akhir-akhir ini. Memetik laman Suarapakatanrakyat.com, Mustafa dijangka menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video klip itu di sana. ” Mana-mana versi pun tak kisahlah, cuma kami nak bertanya, apa kepentingannya sumpah laknat ini? ” Bukankah sudah banyak kali disebut bahawa amalan sumpah laknat ini tidak terdapat dalam Islam dan bukannya jalan penyelesaian yang betul untuk membuktikan individu itu bersalah atau tidak,” kata laman tersebut, klik DI SINI Mustafa sebelum ini bertegas tidak akan memberi sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan kepada pihak media. Sebaliknya, beliau mengulangi kenyataannya sebelum ini untuk menyerahkan kepada peguamnya, Asmuni Awi dan Hanifah Maidin melalui Tetuan Awi & Co. untuk tindakan lanjut berhubung rakaman video yang disebarkan sejak dua minggu lalu itu. Iklan Teks:

Dua Laporan Polis Terhadap Blog Milosuam

KUALA LUMPUR - Dua laporan polis dibuat terhadap laman blog ‘milosuam.blogspot.com’ yang menyebarkan dakwaan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia diarah mengundi awal bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata satu laporan polis dibuat oleh seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di sini dan satu lagi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya petang semalam. “(Laporan blog itu) menggambarkan bahawa polis diarah untuk mengundi awal pada 23 April adalah sesuatu yang mengelirukan dan salah fakta,” katanya pada sidang media, di sini hari ini. Menurut Ramli kes disiasat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam seperti membuat, menerbit atau mengedar apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam atau mana-mana golongan awam. Ramli berkata kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Dalam pada itu, Ramli berkata Bukit Aman telah menerima 274 laporan polis berhubung PRU13 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 906 laporan. Beliau juga memberitahu 1,410 aktiviti membabitkan PRU13 berlangsung di seluruh negara semalam iaitu ceramah (591), perjumpaan dan mesyuarat (166), kunjungan rumah ke rumah (100), kempen (332) dan lain-lain sebanyak 221. “Jumlah tangkapan terkumpul sejak hari penamaan calon ialah 25 dengan tiga tangkapan dibuat semalam melibatkan kesalahan pilihan raya,” katanya. BERNAMA

Usah Tonton Video Lucah Melalui BlackBerry

LONDON – Pemilik BlackBerry yang gemar menonton klip video lucah melalui telefon pintar mereka perlu berhati-hati kerana ada perisian yang mampu menghebahkan aktiviti itu kepada semua kawan mereka. Kemudahan baru dikenali sebagai ‘Show What I’m Listening To’ itu direka untuk pengguna yang gemar berkongsi video muzik atau lucu di YouTube. Bagaimanapun, sesetengah pengguna BlackBerry yang menonton klip video lucah melalui telefon pintar itu akan diaibkan kerana aktiviti itu akan dimaklumkan kepada rakan mereka secara automatik. Seorang pengguna yang menggunakan nama Sosof di laman forum Crackberry memuat naik paparan menunjukkan bagaimana seorang rakannya menonton video lucah. Sementara itu, pengeluar BlackBerry berkata, kemudahan berkenaan perlu dihidupkan terlebih dulu sebelum dapat digunakan. Namun, beberapa pengguna mendakwa, ia memang sudah berfungsi ketika mereka membeli BlackBerry dan terpaksa mematikannya sendiri. – The Sun Iklan Teks:

Rizalman Jual 23 Rekaan Eksklusif Di Zalora


KUALA LUMPUR – Pereka fesyen tersohor negara, Rizalman Ibrahim telah memperkenalkan 23 rekaan eksklusifnya untuk dijual di Zalora yang merupakan satu rangkaian membeli belah secara atas talian yang popular di seluruh dunia.
Kerjasama di antara Rizalman dan Zalora bertujuan membawa fesyen yang terbaik untuk semua pelanggan yang sering melayari Zalora sekali gus memberi pilihan rekaan daripada pereka terkemuka negara untuk semua wanita di Malaysia.
Menurut Rizalman, dia menggunakan peluang berkolaborasi bersama Zalora untuk membawa jenama Ready To Wear By Rizalman lebih dekat kepada penggemar-pengemar fesyen rekaannya.
“Tercetusnya idea ini selepas saya terima komen-komen peminat daripada Facebook saya yang mengatakan baju-baju rekaan saya, lawa-lawa lah, meleleh air liur lah, macam kasihan kat mereka ini (yang selama ini menyokong kariernya).
“Selepas saya baca mesej-mesej serta komen-komen mereka, kenapa tidak saya buat suatu kerja amal kepada wanita di Malaysia iaitu dengan menjual koleksi saya pada harga yang boleh dimiliki serta berpatutan untuk semua,” katanya kepada Mynewshub ketika ditemui pada majlis perasmian produknya itu, hari ini.
Kali ini, pereka itu tampil bermain dengan warna-warna selamat di antaranya hitam, coklat gelap, biru gelap dan ungu gelap serta warna terang seperti merah dan kuning kemudian diserikan dengan sedikit perincian labuci, corak geometri dan bunga-bungaan yang menampakkan pelanggannya tampil elegan, sofistikated dan sopan dipandang.
Kesemua 23 rekaan Rizalman yang bertemakan ‘Glamour Goes Online’ itu akan dijual bermula hari ini dan berharga dari RM350 sehingga RM460.
Bercakap mengenai sasaran pembeli pula, Rizalman menjelaskan, “sasaran saya ialah wanita-wanita Malaysia yang nak pakai rekaan Rizalman dan inilah peluang mereka untuk dapatkan rekaan Rizalman pada harga yang mampu milik”.
Dalam sesuatu rekaan yang dihasilkan Rizalman menegaskan dia amat menitik beratkan potongan yang terletak di badan serta pemilihan kain yang menarik merupakan ciri-ciri yang penting untuk melengkapkannya.
“Asalkan rekaan menarik dan bagus, itu adalah kunci untuk jualan kita sebenarnya,” katanya yang gemar mereka pakaian yang berorientasikan klasik dan retro.
“Saya seorang pereka yang mengamalkan dan sukakan sesuatu benda yang klasik, ‘not too trendy’ dan yang boleh dipakai berkali-kali pada masa akan datang,” jelasnya lagi.
Ketika ditanya tentang persaingan di kalangan pereka fesyen muda yang semakin banyak menghiasi arena tersebut, Rizalman menyatakan dia tidak sesekali berasa gentar akan perkara itu.
“Saya ikhlas dalam melakukan kerja-kerja, saya tak gentar (dengan persaingan) kerana saya merupakan ‘pioneer’ dalam bidang ini,” katanya.
Dalam perancangan projek di masa hadapan, Rizalman menjelaskan dia mungkin bakal menyambung koleksi Ready To Wear menerusi jualan atas talian jika mendapat sambutan yang mengalakkan daripada semua pihak.
ZALORA
ZALORA2
ZALORA3
ZALORA4

Kerajaan BN Sudah Lama Bantu Belia

PUTRAJAYA – Kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah memberi tumpuan kepada belia sejak dahulu dengan menyediakan pelbagai kemudahan serta bantuan untuk memajukan golongan itu.
Justeru kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, hasrat Pas untuk menangguhkan Festival Belia Putrajaya 2013 semata-mata untuk menyalurkan peruntukan bagi pembangunan ekonomi belia tidak relevan.
Kalau mereka ikhlas hendak membantu belia, Pas patut berbuat demikian di negeri yang mereka tadbir tapi mereka tidak melakukannya, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Calon BN yang juga penyandang kerusi Parlimen Kemaman itu mengulas kenyataan calon Pas bagi kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa yang pada satu sidang media hari ini berkata, Pas akan menangguhkan festival itu dan memanfaatkan peruntukan untuk memajukan belia jika mereka menang di Putrajaya.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, peruntukan untuk festival itu datang daripada semua pihak termasuk kementerian lain dan kebanyakan kos membabitkan aktiviti belia ditanggung swasta.
Sementara itu, calon BN yang juga penyandang kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kenyataan Husam jelas menunjukkan Pas tidak mesra belia.
“Dia cakap sebab dia tak tahu apa-apa, jadi belia perlu menilai perkara itu dengan sebaiknya dan tolak calon seperti itu,” katanya.
Sambutan Festival Belia Putrajaya 2013 dijadual berlangsung dari 23 hingga 26 Mei ini. – BERNAMA

Powered by Blogger.

Trending Topic

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. mynewshub,Malay News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger